2008-10-28

Kemepekanz Dunia - Cont. 3  

0 Petala Langit

Sambungan Cerita Kemerepekanz Dunia - Version lain daripada Pendekar2 Renzokuken tapi ada plang kena mengena, nanti lah disambung sama Pendekar2 Renzokuken. Bah enjoy the merepekz ceta and the gambarz.

------------------------------------
===============================================


Pendekar Kendy Chendoh (Kendy Candu)

Sheoruzen pun terus memberi satu tendangan yg amat ganas kearah Kendy Candu yg telah jatuh tidak mampu berdiri lagi itu. Namun disaat yg genting itu, tendangan Sheoruzen telah ditahan oleh seorang lagi jaguh yg baru saja menunjukkan mukanya yg oklah saja. Hahahaha.

BUSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Sheoruzen: Cis, rupanya ko Hozam … berani sungguh ko menahan tendangan ku ini. Apakah ko mempunyai hubungan sulit dgn Kendy Candu sehingga ko berani utk menolongnya. Cis, ko memang seperti cacing mencari ayam.


Takenama dan Sheoruzen

Hozam: Hahaha …. Sheoruzen sheoruzen …. Jgn kau berkata kata dgn lidah yg berlada. Apakah ko sudah kehilangan kesedaran mu wahai budak hingusan yg bercabang tiga. Kendy itukan adik kesayangan mu. Adik beradik tidak boleh bertarung.

Eyori dan Eyan pun terus ketawa terbahak bahak dgn ucapan Hozam yg penuh kelucuan terus kami tidak tahan lalu terbaring kerana lucunya sungguh wahahahaa tidak tertahan lagi.


Eyan, Eyori and Kendy Chendoh

Dgn tidak semena-mena satu kuasa aneh muncul dari angin utara yg menyejukkan. Nampaknya ada satu pertarungan berlaku sungguh dashyat tidak terkata lagi. Eyori dan Eyan terus saja terbang kearah utara ingin mencari apa sebenarnya yg berlaku. Hozam, Sheoruzen dan Kendy tidak berganjak dari tempat mereka kerana mereka telah tertidur entah merepek cana bulih dorang tertidur atu kan. Sendiri.

1 jam kemudian ……

Eyori dan Eyan pun telah sampai ketempat kuasa aneh muncul tadi itu. Nampaknya pertarungan telah berlaku ditempat itu kerana tempat itu telah hancur lebur seperti terkena bom atom.

Eyori: Cis kita telah terlambat setapak. Apakah yg telah berlaku disini kurang asam aku tidak puas hati.

Eyan: Betul….nampaknya kuasa pertarungan tadi sungguh hebat sehingga darah ditubuhku bergelora ingin menghapuskan dunia. Hahahaha.

Eyori: Tunggu …. Nampaknya pertarungan tadi telah mencederakan seseorang. Tengok disana.

Eyan pun menoleh ketempat Eyori menunjuk itu. Ada seorang lelaki berlumuran darah nampaknya hampir maut terbengkalai ditengah tengah kehancuran yg berlaku itu. Eyori dan Eyan terus saja menuju ketempat orang itu dan mendapati orang itu masih bernafas walaupun hampir maut.

Eyori: Cis….jgn kau maut sebelum memberitahu kami apa yg terjadi??

Eyan: Betul….cakap cepat….apa telah berlaku??

Orang Maut: Uhhh (Kesakitan) ... Aku ... te ... telah bertempur ... dengan ... se ... se ... seorang yg sungguh hebat .... Dia .... dia .... menggunakan ilmu ... Pemecah Langit Penghancur Bumi .... uuu .... uuuhhhhhh

Orang itu pun menemui maut setelah selesai berbicara.

Eyori: Pemecah Langit Penghancur Bumi?? …. Bukankah ilmu itu sudah hilang dari dunia ini …. Cis, ilmu yg dikatakan mengerikan dunia pendekar suatu ketika dahulu telah muncul semula …. Hahaha …. Bagus sekali ….

Eyan: Benar …. Nampaknya dunia pendekar semakin seronok sahaja. Hahahaha. Siapakah yg mempunyai ilmu itu. Nampaknya kita harus mencari orang itu, tapi bagaimana caranya.

Eyori: Betul …. Nampaknya kita harus membuat sesuatu utk membuat pendekar itu keluar dan bertarung dgn kita. Bagaimana caranya??

Mereka berdua pun berfikir cara utk membuat pendekar yg mempunyai ilmu Pemecah Langit Penghancur Bumi itu keluar dan bertarung dgn mereka.

40 minit kemudian ….

Eyan: Eyori, mungkin pendapat ku ini akan dapat membantu kita mencari pendekar itu. Hahaha. Malam kekeringan namun hati tetap siuman.

Eyori: Betulkah?? Bagus….bagaimanakah caranya??

Eyan: Bagaimana jika kita menganjurkan Pertandingan KOF 2002 utk memaksa keparat itu keluar.


Pendekar Eyan

Eyori: Hahaha. Durian sedap mahal harganya, namun yg selesa lebih bersemangat manisnya. Wahahaha. Bagus sekali wahai saudaraku Eyan Yagami. Kalau begitu, mari kita cari tempat yg sesuai dan tarikh yg sesuai.

Eyori dan Eyan pun beredar dari tempat itu dan berusaha untuk menganjurkan pertandingan KOF 2002.

5 hari berlalu ….

===============================================
------------------------------------
TO BE CONTINUED ....

Siapakah gerangannya Pendekar yg mempunyai ilmu Pemecah Langit Penhancur Bumi itu? Apakah yg akan terjadi dalam dunia pertempuran yg merepekz ini?Mari kita tunggu episode yg akan datang. *hahaha* Sadap You!!! Bah nanti g ... peace!!!

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



0 Petala Langit: to “ Kemepekanz Dunia - Cont. 3